Cara dapat tiket Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan

PENYANYI yang popular dengan gelaran Raja Pop, iaitu Jamal Abdillah bakal mengadakan konsert berjudul Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan selama empat hari bermula malam ini sehingga 2 Jun bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.
 
Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat penyanyi kesayangan mereka ini menyanyikan lagu-lagu terbaik hasil peninggalan seniman agung tanah air, iaitu Tan Sri P. Ramlee dengan gayanya yang tersendiri.
Pun begitu, debaran paling kuat pasti dirasakan oleh tuan punya badan sendiri, bukan hanya disebabkan lokasi persembahan yang merupakan antara pentas paling berprestij dalam negara, tetapi kerana dia bakal membawakan lagu-lagu yang diminati jutaan masyarakat berbilang kaum serta telah merentasi zaman.
Jelas Jamal, menjelang hari-hari akhir sebelum persembahan, persiapan sudah menghampiri 100 peratus dan kini, apa yang penting baginya adalah untuk mempersiapkan dirinya daripada sudut mental.
"Kini, pihak kami sudah bersedia dalam semua aspek terutamanya penataan cahaya LED dan penggunaan pentas. Apa yang saya utamakan sekarang adalah persiapan dari segi mental.
"Pastinya peminat yang hadir menyaksikan persembahan itu nanti akan dibuai dalam kenangan mereka sewaktu zaman kegemilangan P. Ramlee.
 
"Bagi mereka yang tidak merasai zaman tersebut, mereka pasti akan semakin menyayangi seniman agung itu selepas menyaksikan konsert ini," katanya yang ditemui sewaktu pertandingan peringkat akhir karaoke meniru suara P. Ramlee sempena Pameran Di Mana Kan Ku Cari Ganti.
Pameran selama tiga hari yang diadakan bertempat di Siar Kaki, Maju Junction, Kuala Lumpur itu dianjurkan bersama oleh Arkib Negara Malaysia, Bintang Channel Sdn. Bhd dan Maju Junction Holdings. Ia turut mendapat kerjasama Persatuan Peminat Seni Warisan Tan Sri Dr. P.Ramlee Malaysia (Perwalee).
Pada pertandingan tersebut, tempat pertama dimenangi oleh remaja berusia 20 tahun, Mohd. Amirul Husni yang mendendangkan lagu Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang.
 
Tempat kedua pula menjadi milik Katty Fazil yang membawakan lagu Alunan Biola manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sharifah Zafika yang menyanyikan lagu Perwira.
Pertandingan yang disertai kira-kira 30 peserta itu berjaya menarik minat kira-kira 200 orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah tersebut.
Pada kesempatan itu juga, Jamal turut berkesempatan menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang yang turut menerima tiket kelas VIP untuk menonton konsert penyanyi itu nanti.
 
Konsert tersebut juga bakal menampilkan beberapa rakan artis lain yang menjadi jemputan antaranya Azlina Aziz, Nas Adila dan juga cucu seniman agung tersebut, Najwa P. Ramlee.
Bagi yang berminat, tiket-tiket berharga dari RM108 sehingga RM458 boleh didapati di kaunter Istana Budaya dan kaunter Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atau ditempah di laman www.ticket2u.biz.
 


Related Post

  • Contest SEO Eridy Siapa di sini suka join contest SEO? Mari kita join Contest SEO Eridy. Hadiah pun gempak juga. Pemenang akan…
  • Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepasRoket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.…
  • Mega Sale Lazada Korang mesti tahu tentang lazada kan? Takkan tak tahu kot... atau pun pernah beli barang kat lazada tuh. Kalau ada b…
  • Jiran curi pakaian dalam gadisMisteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di Kajan…
  • Gambar Mitsubishi Attrage 2013Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprim…
0 Komentar untuk "Cara dapat tiket Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info