Kenaikan gaji ahli Kabinet Sarawak.. wow

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata kenaikan gaji ahli Kabinet adalah wajar dan ia pemangkin kejayaan dalam melaksanakan tugas berikutan perubahan senario politik semasa khususnya membabitkan masyarakat luar bandar di negeri itu.
Beliau berkata, masyarakat menganggap wakil rakyat sebagai sumber mendapatkan bantuan kewangan segera untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan mereka.

Sebaliknya peruntukan dana negeri itu digunakan untuk tujuan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat" Jayum Jawan, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara

Justeru, katanya, ada segelintir wakil rakyat menghadapi kesukaran melaksanakan tugas berikutan kekangan kewangan sehingga terpaksa berhutang demi mendahulukan kepentingan rakyat.

"Tuntutan rakyat semakin meningkat dan menjadi tanggungjawab mereka (wakil rakyat) untuk memenuhi permintaan itu.

"Namun, peruntukan yang disediakan tidak mencukupi dan akhirnya memerlukan perbelanjaan peribadi," katanya ketika dihubungi BH semalam.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak kelmarin meluluskan kenaikan gaji bulanan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri, menteri muda dan ahli dewan undangan negerinya sebanyak kira-kira tiga kali ganda, mengikut Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013, selain memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Tanggungjawab YB

Gaji untuk Ketua Menteri naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; menteri muda dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; ahli dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000, berkuatkuasa 1 Januari tahun lalu.

Jeniri berkata, tanggungjawab wakil rakyat mencakupi pelbagai aspek termasuk menghadiri majlis perkahwinan dan memberi sokongan terhadap persediaan menjelang sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu harus menjadi pemangkin utama kecemerlangan wakil rakyat melaksanakan tugas supaya tidak timbul sebarang reaksi negatif.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, pula mengakui keperluan semakan gaji ahli Kabinet tetapi menyifatkan kenaikan mendadak itu sebagai tidak wajar.

Dana untuk pembangunan

Beliau yang juga penganalisis politik Sarawak berkata, sebaliknya peruntukan dana negeri itu digunakan untuk tujuan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat.

Katanya, hasil menyeluruh itu dilihat mampu memberi impak besar terhadap kemajuan Sarawak selain memperkasakan imej wakil rakyat sejajar seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu rakyat didahului, pencapaian diutamakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lee Siew Chee, berkata kenaikan gaji terbabit adalah tindakan yang wajar bagi meningkatkan lagi komitmen pemimpin.

Bagaimanapun, katanya jumlah kenaikan tiga kali ganda itu harus dipertimbangkan semula kerana ia dilihat terlalu tinggi.

"Perkara ini akan menjadi isu dan peluang bagi pembangkang untuk menghentam kembali kerajaan. Kenaikan gaji memang ditunggu semua orang tetapi biarlah berpada-pada," katanya.


Related Post

0 Komentar untuk "Kenaikan gaji ahli Kabinet Sarawak.. wow "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info