Oh Mawi

KEHADIRAN jejaka ini di dalam persada seni pada suatu ketika dulu telah memberi fenomena baharu dalam dunia hiburan apabila namanya yang sebelum ini tidak pernah diketahui secara tiba-tiba melonjak naik.
Semuanya bermula apabila Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani menyertai rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim ketiga pada tahun 2005 dan seterusnya memenangi gelaran juara.
 
Sejak itu Mawi mula mendapat perhatian ramai. Namun, oleh kerana dia masih mentah dalam bidang seni ketika itu, ramai yang berpendapat Mawi tidak tahu bergaul dan seperti tidak serius untuk berada dalam bidang yang penuh mencabar itu.
Berbeza kini, setelah hampir 10 tahun berada dalam dunia seni, Mawi sudah matang dalam setiap jawapan yang diberikan dan sentiasa berhati-hati ketika melemparkan tutur kata.
Perubahan positif ayah kepada seorang puteri, Cahaya Malaika ini boleh dilihat apabila setiap kali diajukan soalan, Mawi akan menjawab dengan berhemah sekali.
 
Menurut Mawi, pengalaman banyak mengajarnya untuk sentiasa belajar menjadi manusia yang lebih baik lebih-lebih lagi apabila dia kini sudah mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan.
"Saya akui kini saya lebih pandai menjawab soalan dan pertanyaan orang ramai kerana setelah beberapa tahun berada dalam bidang seni, banyak benda yang saya pelajari.
"Lebih-lebih lagi kini saya sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan yang memerlukan saya bertemu dengan ramai rakan korporat," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk UniQuein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Mawi, kekuatan dan perubahan positifnya itu banyak didorong oleh isterinya, Ekin yang turut sama membantu dan memberi kata-kata semangat dalam setiap apa yang dilakukannya.
 
"Ekin selalu berada di belakang saya dan saya bersyukur kerana memiliki isteri yang tidak pernah berputus asa dalam memberi segala pertolongan atau bantuan ketika saya senang mahupun susah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mawi sedang aktif menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan UniQuein bersama isteri dan adik iparnya, Aein.
 
Katanya, pada tahun ini dia ingin memberi fokus kepada perniagaannya yang semakin berkembang positif, namun itu tidak bermakna dia melupakan bidang nyanyian yang sudah sebati dengan dirinya.
"Saya fikirkan juga tentang perkara itu (menyanyi), bukanlah kata saya nak tinggalkan terus bidang nyanyian. Cuma buat masa sekarang saya juga berjinak dengan bidang produksi, penulisan skrip dan pengarahan. Semuanya dalam proses untuk saya belajar," ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai album, Mawi masih belum mengeluarkan album baharu, tetapi terdapat beberapa single akan dikeluarkan dalam waktu terdekat ini, antaranya Termolek ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Ad Samad.
 
Selepas Termolek, lagu Kau Adalah Aku ciptaan M. Nasir pula dijangka akan menyusul dan kedua-dua lagu itu dijangka diterbitkan pada tahun ini juga.
terpelihara


Related Post

  • Profesor lancar sekolah cintaPatna: Seorang profesor universiti dilaporkan mahu menubuh sebuah sekolah di negeri Bihar bagi mengajar soal cinta. …
  • Generasi bertakwaTerpaku, rasa kagum dan hebat. Itulah reaksi sesiapa yang menyaksikan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun begitu lanca…
  • Kamera AES diletak di 'kawasan hitam'Kuala Lumpur: Semua 831 lokasi pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) disahkan sebagai kawasan hitam at…
  • Piala AFF - Skuad kali ini lebih baik: RajaKuala Lumpur: Dihujani kritikan yang meragui kemampuan skuad kendaliannya, Datuk K Rajagobal semalam bingkas mempertahan…
  • Eropah boikot firma YahudiStockholm: Musim panas 2011 mencatat rekod baru bagi syarikat Israel dan antarabangsa yang terbabit dalam pencabulan hak…
0 Komentar untuk "Oh Mawi"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info