Telefon Jolla dari orang kanan Nokia

Telefon Jolla
Rekaan penuh warna warnia

Pernah mendengar mengenai telefon Jolla. Jika anda melihat kepada bentuk telefon ini ia persis seperti telefon Nokia. Ini kerana syarikat pengeluar telefon Jolla diusahakan oleh bekas pegawai kanan Nokia.
Smartphone ini hadir dengan sistem operasi Sailfish dan rekaan yang penuh warna warni. Telefon Jolla ini datang dengan skrin berukuran 4.5 inci yang resolusinya masih belum diketahui.


Di bahagian dalamnya, terdapat prosesor dual core, sambungan LTE serta memori dalaman berkapasiti 16GB. Terdapat pula slot microSD untuk penambahan kapasiti penyimpanan.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan kamera utama 8MP di bahagian belakang. OS Sailfish sendiri adalah sebuah sistem operasi terbaru yang dikembangkan oleh Jolla Mobile yang berkonsepkan OS Meego.

Menariknya, OS ini juga boleh menjalankan aplikasi Android. Buat permulaan, Jolla Phone ini akan dijual di Eropah dengan harga sekitar 399 Euro atau sekitar RM 1500.


Related Post

  • Pilihan 48 selebriti lelakiPADA 3 Oktober lalu dalam siaran One Night of TV Entertainment di saluran SBS, aktres Ha Jin Won mendedahkan kisah berpa…
  • Parti liar siswa diserbuPETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar ya…
  • Hargai sumbangan dakwah ABIMTekan maksud pemodenan dalam IslamKetika dekad awal selepas kemerdekaan terutama selepas pembentukan Malaysia pada 1963,…
  • Risau kesan radiasiAMPANG: Lima kes kematian dengan satu disahkan akibat penyakit barah dalam tempoh tidak sampai dua tahun membabitkan pen…
  • Panasonic Toughbook mudahkan kerja  Panasonic Toughbook yang menjadi perintis industri dalam komputer genggam dan tablet tahan lasak sejak 19…
0 Komentar untuk "Telefon Jolla dari orang kanan Nokia"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info