Kuala Lumpur: Muak dengan kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan rancangan 'percutian' dua minggu skuad Harimau Malaya ke Canberra dan Sydney, Australia pada 3 hingga 15 Jun ini sebagai satu pembaziran, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal tampil untuk mempertahankannya.
Menurut beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), siri latihan dan perlawanan persahabatan di Australia yang menggantikan dua aksi persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Singapura itu tiada salahnya kerana ia langsung tidak membabitkan penggunaan wang rakyat.
Menurut beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), siri latihan dan perlawanan persahabatan di Australia yang menggantikan dua aksi persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Singapura itu tiada salahnya kerana ia langsung tidak membabitkan penggunaan wang rakyat.
"Semua kena faham, skuad kebangsaan mendapat tajaan daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) dan pihak mereka pun sudah setuju dengan perancangan kita ini. Ini semua menggunakan duit penaja, bukan duit rakyat pun," kata Subahan pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Subahan turut menjelaskan bahawa pembatalan pertemuan dengan Singapura yang sepatutnya pada 4 dan 7 Jun ini dibuat atas persetujuan bersama antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi memberi peluang 26 pelatih kebangsaan mendapat 'lebih masa' untuk bersama ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal bagi latihan luar negara.
"Ini bukan salah Singapura atau salah sesiapa. Saya sendiri berhubung dengan Setiausaha Agung FAS, Winston Lee dan disebabkan ia tertakluk dalam perjanjian, kami mencapai persetujuan bersama untuk membatalkannya tahun ini kerana persiapan Kelayakan Piala Asia 2015.
"Kita hanya ada tiga atau empat hari persiapan jika perlawanan ini diteruskan kerana pemain hanya dapat dikumpul pada 29 Mei (esok). Jadi saya buat keputusan untuk beri peluang kepada jurulatih bawa pemain ke luar negara untuk mereka dapat nafas baru atau semangat selepas mengharungi jadual padat liga.
"Kita mahu pemain mendapat lebih masa untuk bersama jurulatih. Lagi pun kita dah banyak kali lawan Singapura dan ia hanya perlawanan timbal balik. Tapi harap tahun depan ia dapat kembali diteruskan," jelas Subahan.
Ditanya pula kenapa kelab-kelab divisyen dua Australia menjadi pilihan sedangkan skuad Harimau Malaya sepatutnya bertemu lawan seakan sama yang bakal ditentang Oktober depan, Bahrain, Subahan berkata: "Ini keputusan saya. Kenapa, itu susah saya nak jawab. Mungkin itu pandangan anda. Bagi pandangan saya, ini semua untuk kebaikan pasukan."
"Kalau kita nak lawan Arab, tak semestinya kita kena jumpa Arab saja. Bagi saya, jurulatih sudah dibayar gaji oleh FAM dan kalau apa jadi sekali pun, dia juga yang akan bertanggungjawab."
0 Komentar untuk "TM sponsor kepada Harimau Malaya - sila hentikan politik isu sukan"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...