Gambar dan tweet2 wanita hina Agong

KUALA LUMPUR, 4 Jun –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis pada Selasa berjaya mengesan dan menahan seorang pengguna Facebook yang bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, suspek yang merupakan seorang wanita ditahan untuk membantu siasatan.
"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya. SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan bagi membantu siasatan lanjut," menurut kenyataan itu.
Wanita berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Baru-baru ini sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab menerusi laman sosial itu sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.
Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog 'Whats Up Brades'.
Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.


Related Post

  • Qada tinggal solat 10 tahunSETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa ya…
  • Kapal Jepun, Taiwan bertempurTOKYO 25 Sept. - Kapal-kapal pengawal pantai Jepun dan Taiwan bertempur menggunakan meriam air hari ini, selepas berpulu…
  • Ular berkepala 2 ditemuiSOUTH CAROLINA 25 Sept. - Seekor ular kecil berkepala dua ditemui oleh sebuah keluarga di rumah mereka di sini, kira-kir…
  • Sazali dinobat Mr. Asia kali kelapanSEPANG - Badang Malaysia, Sazali Samad terus mengharumkan nama negara di pentas dunia setelah dinobatkan Mr. Asia kali k…
  • Tebar roti canai sara anak sakit kronikSEMENYIH 23 Sept. - Seorang bapa, Hamri Ali, 41, merayu orang ramai menghulurkan sumbangan untuk dia menampung kos rawat…
0 Komentar untuk "Gambar dan tweet2 wanita hina Agong"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info