Hairuddin ( Hai -o ) Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)

Kuala Lumpur: Kapten Tentera, Hairuddin Omar memulakan tugasan rasmi selaku Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang baru dengan menghadiri mesyuarat kongres Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro) Asia di Melbourne, Australia, hari ini.

Hairuddin, 34, dilantik presiden baru persatuan berkenaan, minggu lalu pada satu mesyuarat khas bagi membentuk semula organisasi PFAM selepas ia berkubur tanpa sebarang aktiviti sejak ditubuhkan pada 2009.
Menurut Hairuddin, objektif utama kepimpinan baru PFAM ketika ini ialah untuk meramaikan ahli di kalangan pemain yang beraksi di Liga Super dan Liga Perdana bagi menghidupkan semula persatuan berkenaan.


160 pemain daftar

"Buat masa ini sudah ada 160 pemain mendaftar sebagai ahli. Saya harap ramai lagi pemain dapat menghubungi kami menjadi ahli. Kita perlu perkasakan semula persatuan kerana melaluinya kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti termasuk majlis anugerah pemain terbaik tahunan.

"Apa pun ia memang akan mengambil masa dan sebab itulah saya mahukan kesedaran di kalangan pemain untuk menyertai persatuan ini kerana ia adalah tempat pemain mengadu jika berdepan masalah dan mungkin selama ini mereka tak tahu siapa perlu mereka hubungi," kata Hairuddin ketika dihubungi sejurus sebelum berlepas ke Australia, malam kelmarin.

Pada proses pemilihan yang dilakukan secara persetujuan bersama minggu lalu, seorang lagi pemain Tentera, Rezal Zambery Yahya dilantik sebagai Timbalan Presiden PFAM manakala empat pemain lain dilantik sebagai exco iaitu Aidil Zafuan Radzak (Johor DT), Safee Sali (Johor DT), Shukor Adan (Tentera) dan P Gunalan (PKNS) untuk tempoh dua tahun


0 Komentar untuk "Hairuddin ( Hai -o ) Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info