BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION, LSCS)

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN CAESAREAN SECTION ? Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘elective caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
1. Kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. Plasenta Praevia (plasenta menghalang salur kelahiran) ~ sy alaminya sepanjang kehamilan tahap 4 tetapi sewaktu proses bersalin..salur kelahiran dah clear~
4. Ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. Mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
1. Untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. Bukaan serviks tidak memadai.
3. Kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

PROSEDUR

 1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section. (sy hanya diberi minum air suam)
2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.




3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing. (tak rasa sakit sbb dah ambil epidural..nnti sy share tentang epidural)


4. Saluran intravena juga akan dimasukkan.


5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.


6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , prosedur ini dinamakan sebagai lscs (lower segment caesarean section), yang mana bahagian bawah dibedah.


7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.


8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.


9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.


10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik


11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta (uri) dan mengeluarkannya.


12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan.Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu atau sekarang akan hilang sendiri.


13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.


APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA SAYA SELEPAS BERSALIN MELAUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION)?
 


 1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.


2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.


3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.


4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.


5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.


6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.


7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.


8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.


9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkena tempat yang luka.


10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.


11. Selepas 7 hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk mengeluarkan jahitan. Jika jahitan hilang sendiri..tidak perlu.


12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.


13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.


14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.


15. Kadangkala, parut akan membengkak. anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .


16. Gunakan bantuan pemakanan yang memudahkan luka pembedahan pulih seperti ikan haruan atau sebarang bentuk pemakanan yang membantu.

sumber : FB


0 Komentar untuk "BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN (CAESAREAN SECTION, LSCS)"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info