Proton hatchback turbo dilancar Sabtu

Proton Holdings Bhd akan melancarkan model terbarunya, iaitu kereta hatchback lima pintu dengan enjin berkuasa turbo pada Sabtu ini.

Pengenalan model itu adalah antara langkah yang diambil oleh pengeluar kereta nasional berkenaan untuk mengukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit dalam pasaran automotif tempatan serta meningkatkan kadar penembusan rangkaian modelnya di pasaran antarabangsa.

Kredit: Berita Harian

Pelancarannya dijadualkan disempurnakan oleh Penasihat Proton Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE.


0 Komentar untuk "Proton hatchback turbo dilancar Sabtu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info