Google lancar laman arkib Perlembagaan

Gergasi internet Google melancarkan arkib Perlembagaan dunia kelmarin dalam satu inisiatif baru online direka untuk membantu negara yang pernah berdepan konflik atau krisis politik. Laman baru itu www.constituteproject.org dilancarkan di ibu kota ini, manakala pegawai Google berkata, sasarannya ialah membantu penduduk sesebuah negara merangka Perlembagaan untuk melihat apa yang dilakukan negara lain pada masa lalu.
"Kami menggunakan dokumen Perlembagaan dan mahu menyusunnya secara online dan dilayari secara online pada peringkat universal dan berguna untuk semua kerajaan berbeza yang melalui satu proses Perlembagaan," kata pengarah Google Ideas, Jared Cohen.

"Perlembagaan ini dan dokumen kerajaan mewakili peluang penting kepada negara berkenaan," tambahnya.

Dibantu ahli akademik

Laman itu direka dengan bantuan ahli akademik yang mempunyai kaitan dengan Projek Perlembagaan Perbandingan (CCP). Mereka merumuskan idea untuk membangunkan laman itu pada 2008 selepas memantau pembaharuan Perlembagaan di Iraq dan Afghanistan serta menyedari tiada sumber pusat memperincikan peruntukan asas Perlembagaan.
"Satu keputusan biasanya tidak teratur dan secara tidak sengaja menyusun bersama elemen Perlembagaan daripada negara lain," kata CCP.

Cohen berkata antara lima dan tujuh Perlembagaan dirangka setiap tahun di beberapa bahagian berbeza di dunia.

Presiden Tunisia, Moncef Marzouki, yang hadir pada pelancaran itu, berkata laman web baru itu amat penting buat negaranya yang bergelut untuk menerima Perlembagaan dan undang-undang pilihan raya selepas satu revolusi 2011.

"Saya amat tertarik dengan projek ini dan saya fikir ia amat berguna," katanya.

Laman itu membenarkan pengguna mencari Perlembagaan berbeza mengikut negara atau tahun dan dibahagikan kepada tajuk seperti kewarganegaraan, dasar luar atau autonomi perundangan dan kuasa.
Sumber : Beritah Harian


0 Komentar untuk "Google lancar laman arkib Perlembagaan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info