Model baru iPhone lebih mudah rosak

Ketika gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc berbangga dengan pelancaran telefon pintar terbarunya, penggunanya bagaimanapun dijangka berdepan kekecewaan apabila mengetahui kekurangan ketara model itu yang lebih mudah rosak berbanding model yang dilancarkan tahun lalu.
SquareTrade, penyedia pelan perlindungan bagi gajet, menjalankan ujian lima telefon pintar popular, termasuk model terbaru iPhone bagi melihat sama ada ia mampu menahan jatuhan, hentakan dan ujian kemalangan gajet biasa yang dialami pengguna.

Samsung Galaxy S4

Hasilnya, model baru iPhone tidak memiliki ketahanan seperti model iPhone 5 yang dilancarkan tahun lalu. Bagaimanapun, model paling teruk prestasi ketahanannya adalah Samsung Galaxy S4, yang gagal berfungsi selepas direndam dalam air dan dijatuhkan pada ketinggian 1.5 meter, berdasarkan syarikat yang berpusat di San Francisco itu.

Moto X


Telefon yang memiliki ketahanan terbaik bagi ujian SquareTrade itu adalah Moto X yang dikeluarkan oleh Google Inc. Moto X adalah telefon pertama yang dibangunkan selepas gergasi carian internet itu mengambilalih Motorola.

Ia diperkenalkan pada Ogos lalu dan Moto X juga telefon pintar pertama yang dikilangkan di AS. - Agensi


0 Komentar untuk "Model baru iPhone lebih mudah rosak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info