Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu

Dubai: Seorang wanita di bandar raya ini yang ditahan polis kerana memandu keretanya hingga 200 kilometer sejam, dibebaskan selepas memberitahu dia berbuat demikian untuk kembali ke rumah dan membawa ibunya yang sakit ke hospital semalam.
Ketua jabatan polis trafik Dubail Mejar Jeneral Mohammed Al Zafin berkata selain memandu laju, wanita terbabit juga dilihat memotong kenderaan lain secara berbahaya dan ada ketikanya dia memandu keretanya di atas bahu jalan.

Dibebaskan selepas didenda

"Polis mengejar kereta wanita itu dan selepas dipintas, dia dikenakan denda, tetapi dibebaskan selepas memaklumkan kepada polis bahawa ibunya sakit," katanya.
Beliau berkata, wanita itu memberi reaksi kasar ketika ditanya mengapa dia memandu secara berbahaya, tetapi megambil keputusan membebaskannya walaupun cara pemanduannya boleh menyebabkan kemalangan.
Al Zafin berkata, polis mengesan wanita berkenaan memandu kenderaan dari lebuh raya Sheikh Mohammed Bin Zayed menuju Al Khawaneej, selepas mereka orang awam memaklumkan melihat seorang wanita memotong kenderaan di bahu jalan.


Related Post

  • CFM layan aduan jalur lebarPENGGUNA telefon dan perkhidmatan jalur lebar pastinya mempunyai pelbagai kisah mengenai perkhidmatan yang mereka langga…
  • Niaga barang lusuhAPAKAH perasaan sepasang ibu dan ayah, tatkala anak-anak mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan dan layak melanj…
  • Pelajar sekolah agama bikin gempar PARIT - Warga sebuah sekolah agama di sini gempar selepas salah seorang pelajarnya tiba-tiba menghilangkan diri sele…
  • Anak Terengganu pertama ditawar Ph.D ke OxfordKUALA TERENGGANU 1 Sept. - Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Sa…
  • Hanya 20% guna e-perkhidmatanPERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) menyarankan kerajaan memperkenalkan insentif tertentu bagi m…
0 Komentar untuk "Wanita pandu 200km sejam selamatkan ibu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info