Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas

Roket Falcon 9 yang tidak mempunyai juruterbang dan membawa sebuah satelit komersial berlepas ke angkasa lepas kelmarin.Roket itu membawa satelit sebuah syarikat dari Luxembourg.Syarikat Space Exploration Technologies milik bilionair internet di Amerika Syarikat, Elon Musk.Ia juga merupakan satelit pertama yang dilancarkan oleh syarikat itu.Roket tersebut berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.41 petang waktu tempatan.

Sebelum ini dua percubaan untuk melancarkan roket tersebut mengalami kegagalan ekoran masalah teknikal.

Para jurutera kemudian mendapati masalah itu berpunca daripada oksigen yang terdapat di dalam sistem enjin roket tersebut.


Roket itu membawa satelit seberat 3,175 kilogram yang dimiliki syarikat SES.

Sebelum ini, syarikat SES menggunakan roket Proton buatan Rusia dan European Ariane milik Agensi Angkasa Lepas Eropah untuk menghantar satelitnya ke angkasa lepas.

Satelit itu akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan memancarkan siaran televisyen kabel dan untuk perkhidmatan komunikasi lain di negara China, India dan Vietnam. - Kosmo



0 Komentar untuk "Roket milik bilionair berlepas ke angkasa lepas"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info