Bina Semula Selapaut Dara Yang Terkoyak

Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara 
menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya 'hymenoplasti' 
makin popu-lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, 
wanita berduit dan golongan kenamaan. 

Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. 
Gadis terlanjur lazim-nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam 
pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi 
memuaskan hati suami. 

Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, 
kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang 
berkahwin. 

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput 
dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, 
kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani 
dengan memasukkan objek keras.


0 Komentar untuk "Bina Semula Selapaut Dara Yang Terkoyak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info