G Pad – Sarung Silikon Mengubah iPhone Menjadi Gameboy

Kemampuan memproses telefon pintar di tangan anda adalah 850 kali ganda lebih berkuasa dari komputer yang digunakan untuk mendaratkan Lunar Module di permukaan bulan pada tahun 1969. Majoriti peranti mudah alih di tangan anda juga jauh lebih berkuasa dari konsolPlayStation 2. Jadi tidak mengejutkan terdapat banyak emulator yang membolehkan anda memainkan semula permainan lama pada peranti terkini anda. Masalahnya permainan konsol lama ini tidak dicipta untuk digunakan pada peranti sesentuh. Akibatnya ianya sukar dikawal dan tidak responsif. Kes terbaik ialah permainan Grand Theft Auto III edisi iPad yang kami mainkan langsung tidak menyeronokkan kerana sukar dikawal.

Aws Jan ialah pembangun aplikasi emulator GameBoy GBA4ios. Beliau menyedari anak beliau mempunyai masalah mengawal watak permainan GameBoy yang di main pada peranti iPhone beliau. Oleh itu beliau mendapat idea untuk menghasilkan sarung khas bagi mewujudkan butang fizikal yang lebih mudah ditekan yang diberi nama G Pad. G Pad diperbuat daripadasilikon dan dengan mudah boleh disarungkan pada5, 5C , 5S , iPod generasi ke 4 dan iPad Mini. Kelebihan G Pad ialah ia tidak memerlukan bateri dan tambatan secara Bluetooth seperti kebanyakan aksesori permainan iPhone yang ada di pasaran. Harga jualan ialah sekitar RM 44.

article-0-1D258AFF00000578-492_634x311

article-2606193-1D258AFB00000578-820_634x419

Sumber GPad



0 Komentar untuk "G Pad – Sarung Silikon Mengubah iPhone Menjadi Gameboy"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info