Jawatan Presiden FAM Rebutan 3 Penjuru

Persaingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) penggal 2014-2018 akan melibatkan persaingan tiga penjuru pada kongres yang akan diadakan 25 Mei ini.
 
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah akan dicabar Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 
 
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini.

 

alt


Sementara itu, tiga calon juga akan bertanding untuk merebut dua kerusi timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden FAM ketika ini, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad. 
 
Dalam pada itu, lapan calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden, 22 calon bertanding merebut lapan jawatan exco lelaki dan sembilan calon merebut dua jawatan exco wanita.


0 Komentar untuk "Jawatan Presiden FAM Rebutan 3 Penjuru"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info