Tentu ramai yang berasa takut apabila dikaitkan dengan penyakit ini kerana penyakit ini sering datang secara tiba-tiba sehingga menimbulkan kematian. Sebenarnya serangan sakit jantung adalah berlainan di antara individu. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Terdapat sakit jantung yang berlaku secara tiba-tiba, tetapi kebanyakan kes adalah di mana mangsa tersebut dapat merasa tanda atau gejala serangan jantung tersebut lebih awal.
![]() |
Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda;
©Pening, pengsan,rasa susah nafas atau sesak nafas.Anda akan mengalami kesukaran ketika
melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak
pernah mengalaminya sebelum ini.
© Sakit otot yang berlarutan dibahagian leher.
© Rasa nyeri atau sakit pada bahagian-bahagian badan seperti lengan, bahu, rahang dan telinga.
© Rasa sempit dan tertekan pada bahagian tengah ruang dada yang berterusan untuk beberapa
minit.
© Masalah seksual pada lelaki (dysfungsi ereksi)
© Gangguan pencernaan,mual atau pedih ulu hati terutama pada wanita
Adakah anda pernah mengalami gejala-gejala diatas???Sekiranya "ya"....JANGAN ABAIKAN!!
Anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana anda mungkin salah seorang penghidap sakit jantung.
0 Komentar untuk "Tanda-tanda penyakit jantung"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...