Tudung Natasha Hudson Pula Jadi Mangsa Ciplak

NAMPAKNYA bukan Mawar sahaja yang bengang apabila tudung jenama Fareeda miliknya diciplak.

Pelakon Natasha Hudson juga tidak terkecuali dari berasa marah apabila jenama tudungnya, Dreamcloudturut mengalami nasib yang serupa.

Bukan sahaja diciplak, malah tudung itu kemudiannya dijual atas nama jenama lain, memetik laporan mStar Online.

Mengakui dirinya berasa marah dengan perkara itu, Natasha juga merasakan adalah tidak adil untuk pihak tersebut mengambil kesempatan atas susah-payah dan usahanya menghasilkan tudung tersebut.

natasha

"Saya percaya bagi peniaga baru, seperti saya juga sebelum ini, kita memerlukan inspirasi dalam mereka sesuatu rekaan pakaian mahupun tudung.

"Tetapi kalau boleh, janganlah tiru bulat-bulat, itu tidak adil," katanya.

Bagaimanapun, Natasha tidak berniat untuk membawa isu tersebut ke muka pengadilan dan dia sudah pun bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika tuudng tersebut ditiru lagi,

"Tirulah jika mahu tiru. Macam mana sekalipun orang tetap tahu sesebuah rekaan itu bermula daripada siapa.

"Lagipun saya tidak boleh nak buat apa jika ada yang masih berdegil mahu menciplak,"ujarnya.

Tak mengapalah Natasha. Bak kata orang, Tuhan itu Maha Adil dan pastinya rezeki yang datang dari titik-peluh sendiri lebih diberkati-Nya.



0 Komentar untuk "Tudung Natasha Hudson Pula Jadi Mangsa Ciplak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info