1330 - Phone Review : Lenovo Vibe X

Sebagai salah seorang pengguna brand Lenovo so far aku rasa phone Lenovo nie berbaloi dibeli kalau dibandingkan dengan Samsung atau iPhone. Baru -baru ini aku ada baca mengenai spesifikasi baru telefon pintar keluaran Baru Lenovo iaitu Vibe X



Spesifikasi untuk Lenovo Vibe X ini boleh dikatakan menarik dan berpatutan dengan harganya. Vibe X ini datang dengan skrin berkeluasan 5 inci iaitu sama luas seperti Samsung Galaxy S4. Selain mempunyai kamera 13MP, ia juga mempunyai "secondary camera" 5MP yang boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan S4 yang hanya mempunyai 2MP 


Aku tak nak cerita panjang-panjang pasal spesifikasi untuk Vibe X ini tapi aku sertakan ringkasan spesifikasi untuk memudahkan korang baca dan mungkin membuat pembandingan dengan jenama lain.

Vibe X specifications
  • 5-inch (1920 x 1080 pixels) Full HD IPS display with Corning Gorilla Glass 3 protection
  • 1.5 GHz quad-core MediaTek MT6589T processor
  • Android 4.2 (Jelly Bean)
  • Single – Micro SIM
  • 13MP auto focus camera with LED Flash, 1080p Full HD video recording
  • 5MP fixed-focus front-facing camera with 88 degree wide angle lens
  • Dimensions - 74mm x 6.9mm x 144mm; Weight: 121g
  • 3G, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth with A2DP, aGPS
  • 3.5mm audio jack, FM Radio
  • 2GB RAM, 16GB internal memory
  • 2000 mAh battery

Setakat ini telefon ini belum dijual lagi di pasaran Malaysia tapi ia dijangka akan menembusi pasaran Malaysia tak lama lagi. Aku dengar harga yang dijual juga tidak terlalu mahal, Mungkin sekitar RM 1000 - Rm 1100 sahaja.

Aku bukan seorang gadjet freak jadi expectation aku terhadap sesuatu gadjet kebiasaanya tidak terlalu tinggi. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa nak beli phone dalam masa terdekat ini, mungkin korang boleh jadikan ini sebagai salah satu option yang aku rasa "value for money"


0 Komentar untuk "1330 - Phone Review : Lenovo Vibe X"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info