Kereta Obama - The Beast

Kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dikenali sebagai "The Beast"antara yang menarik perhatian rakyat Malaysia dalam kunjungan beliau ke negara ini

Kereta model Cadillac One buatan General Motors keluaran 2009 disifatkan kenderaan paling selamat di dunia kerana mempunyai spesifikasi sangat khusus terutamanya dari aspek keselamatan untuk melindungi penumpang yang berada dalam kenderaan itu


Ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam kenderaan tersebut seolah-olah seperti sebuah kereta kebal

Berukuran sepanjang lima meter dan berat lapan tan, boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden, " The Beast " turut dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik

Pada bahagian tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan

Antara ciri lain yang terdapat pada The Beast, ia dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam

Di samping itu, kereta tersebut juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.



Related Post

  • Microsoft tamat perniagaan Surface RTKurang setahun selepas Microsoft meneroka pasaran komputer tablet menerusi pelancaran Surface, ia sudah mula menunjukkan…
  • 'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kep…
  • Aksi karaoke paling bahayaLondon: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aks…
  • Datin sepak kemaluan penyamunDua penyamun bersenjatakan pistol yang menceroboh masuk sebuah rumah mewah di Bandar Sri Damansara, di sini, hanya sempa…
  • RM386,000 dalam stokinSan Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stok…
0 Komentar untuk "Kereta Obama - The Beast"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info