KUALA LUMPUR 9 Mei - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dianugerahkan perbankan kambing hitam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas melelong dan menjual harta pengguna dengan tidak mengikut tatacara yang ditetapkan institusi kewangan.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata MBSB merupakan badan kewangan yang mempunyai masalah memandangkan badan kewangan tersebut langsung tidak boleh menjalankan rundingan ketika pengguna menghadapi masalah.
"Kami mendapat rintangan daripada pihak MBSB ketika mahu membincang mengenai polisi mereka bagi bersama-sama mencari cara menyelesaikan masalah pengguna yang lewat bayar.
"Yang kita gusar adalah hari ini ramai pengguna terkesan dengan tindakan MBSB yang dilihat tidak berlaku adil dan tidak mempunyai sifat kemanusiaan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.
Diantara masalah yang dibangkitkan pada hari ini termasuklah masalah pengguna yang hanya dikenali sebagai Faridah apabila kenyataan akaun dan kira-kira yang dimintanya tiga tahun lalu hanya dibalas oleh pihak MBSB pada 18 April 2014.
Disamping itu, pengguna yang dikenali sebagai Satesh menerima musibah apabila MBSB melelong rumah yang didudukinya tanpa sebarang notis ekoran lewat menjelaskan tunggakan ansuran pinjaman perumahannya selama satu setengah bulan.
Manakala, Aktivis PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata MBSB tidak mengikut tatacara yang sepatutnya apabila PPIM menerima pelbagai aduan berhubung keburukan untuk berurusan bersama badan kewangan tersebut.
"Banyak kita menerima aduan daripada pengguna dan kebanyakkannya daripada pengguna ini dibuli dengan sewenang-wenangnya dengan MBSB.
"Ramai dikalangan pengguna yang dapat kemudahan daripada MBSB yang telah dimufliskan tanpa mengikut prosidur yang sepatutnya MBSB jalankan," katanya lagi.
Related Post
Cara Terbaik Letak Adsense Dalam BlogSalah satu isu yang paling keliru dan dibahaskan di kalangan pengguna Google Adsense adalah di mana untuk menempatkan ik…
TAHNIAH - Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota CamrySebentar tadi telah pun berlangsung pusingan akhir Super Spontan. Keputusannya ialah Zizan berjaya merangkul gelaran jua…
3 Langkah Mudah Letak Iklan Google Adsense di Tengah-tengah Post Kali ni aku kongsi salah satu cara nak dapat lebih banyak klik dari adsense korang iaitu dengan letak ad…
Teh Tarik Shazua D’ Café Dekat 99 Speed MartMinggu lepas aku kesempatan pegi minum kat restoran Shazua D' Café Putra Heights, saja nak try try makanan kat area Putr…
GAMBAR - GERHANA BULAN SEPARA DAN TRANSIT PLANET ZUHRAH BERLAKU MINGGU DEPAN KUALA LUMPURL: Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bula…
Subscribe
Terbaru
Love Them
Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online
Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di...Teknik Perniagaan Internet Yang Berjaya
Panduan buat bisnes online. Sekarang ni ramai yang nak buat bisnes online, sama ada ada produk...Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang...Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam
Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan online spa contohnya...Salah satu cara buat duit online
Pendapatan online ikut blog. Terdapat bermacam-macam pendapatan daripada blog. Korang boleh dapat...
0 Komentar untuk "MBSB Terima Anugerah Perbankan Kambing Hitam"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...