'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan...

'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan | Perempuan selfie okay tetapi lelaki selfie, hurmmm. Tidak sama sekali! Fenomena selfie begitu kuat mempengaruhi kehidupan seharian anda, contohnya, Liyana Jasmay sempat berkongsi gambar dengan peminat di laman sosial Instagramnya selepas melahirkan bayi.

Apa yang kami ingin fokuskan ialah kenapa lelaki tidak digalakkan selfie? Pelik? Kurang sesuai?

1. Selfie adalah untuk kaum Hawa sahaja

Wanita mengambil selfie untuk menunjukkan perkara yang disukainya, untuk berkongsi kepada kawan dan sahabat handai. Tukar warna rambut ambil selfie, selfie dalam bilik air, ingin tunjukkan kecomelan kucing jadi perlu selfie, muka selepas dimekap juga selfie, dan macam-macam lagilah mahu selfie.

2. Selfie tidak menunjukkan kelakian 

Bukankah pelik bila anda lihat lelaki asyik selfie? Sekala sekali masih boleh dimaafkan tetapi jika setiap ke sesuatu tempat mahu selfie, hurmm janganlah. Difahamkan lelaki sekurang-kurangnya mempunyai maksimum tiga gambar diri mereka, hari pertama di sekolah, dapat lesen memandu dan juga ketika hari perkahwinan.

3. Selfie untuk attention seeker

Selfie menunjukkan anda sangat mendambakan perhatian. Keterlaluan jika di mana sahaja dan apa sahaja yang anda buat mahu selfie. Jika anda mahu perhatian, hubungi ibu anda.

4. Selfie jika ia menyumbangkan sesuatu

Selfie jika itu part of your job. Jika ianya tidak menyumbangkan sesuatu jadi duduk diam dan lakukan aktiviti bermanfaat. Lainlah anda shirtless selfie, sekuarang-kurangnya masih boleh diterima. Peace!

5. Selfie tidak membantu anda menarik mana-mana wanita

Wanita sebenarnya tidak berminat pada lelaki yang kerap selfie tidak kira tempat, lagi pelik tengok. Jadi, ingat pesanan ini jika anda sedang mencari pasangan hidup.

6. Justin Bieber sukakan selfie

Ya, ini antara sebab kenapa lelaki tidak digalakkan selfie kerana Justin Bieber. Justin Bieber selfie untuk menunjukkan dirinya shirtless dengan tatu baru. Anda pula ingin menunjukkan apa?


Related Post

  • FIFA 13 di Lumia Kalau memilih telefon berasaskan Windows Phone, mungkin lebih baik untuk menggunakan telefon dari Lumia kerana kelebi…
  • Pupuk anak solat TerawihMembawa anak ke masjid atau surau untuk bersolat tarawih bukan asing bagi sesetengah ibu bapa. Amalan berkenaan dipuji k…
  • Tempahan Proton Saga SV cecah lebih 12,000 unitTempahan Proton Saga SV yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd. Jun lepas kini telah mencecah lebih 12,000 unit, kat…
  • Piya, Azammuddin terpaksa digugurKelana Jaya: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal terpaksa menggugurkan kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang P…
  • Honda Malaysia Sdn Bhd semalam melancarkan Honda Jazz enjin petrol pemasangan tempatan (CKD) yang ditawarkan pada harga …
0 Komentar untuk "'Selfie' 6 Sebab Lelaki Tidak Digalakkan..."

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info