Anonymous Ingin Melancarkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Tersendiri?

Daripada hari Jumaat yang lepas, topik laman perkongsian fail hangat
diperbincangakan dipelbagai forum, dan juga laman sosial. Ianya adalah
kerana laman MegaUpload telah dipadam sepenuhnya daripada arena
internet, dan menjadikan persoalan mengenai laman-laman perkongsian
yang lain. Dan sebagai langkah alternatifnya, kumpulan hacktivist
terkemuka, Anonymous seperti ingin melancarkan perkhidmatan tersendiri,
dinamakan sebagai Anonyupload.

Seperti semua sedia maklum, kumpulan Anonymous amat ramai, dan mungkin
ini merupakan salah satu usaha daripada sebahagian ahli kumpulan
tersebut. Perkara ini tida diketahui adakah akan dilancarkan
sebenar-benarnya ataupun hanya gimik semata-mata.

Daripada laman yang boleh diakses melalui Anonyupload.com dan juga
AnonyVideo.com, ia menunjukkan mesej mengatakan perkhidmatan tersebut
akan dilancarkan pada 25 Januari kelak, dan pelayannya akan dihoskan di
Rusia, menjadikannya tidak tertakluk dengan undang-undang Amerika
Syarikat.

Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan sebelum ini, ianya tidak
diketahui adakah ianya hanya gimik semata-mata ataupun adakah ianya
akan dilancarkan sebetulnya.



Related Post

  • Apa itu SEOSEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dala…
  • Penggodam dipenjara papar gambar bogel selebriti ASLOS ANGELES: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang penggodam komp…
  • SOS pop diva rock metalUMMER On September (SOS) mula mengorak langkah pada pertengahan tahun 2009 dengan membawa konsep lagu progressive metal …
  • 'Tahan' teksi guna telefonNEW YORK 16 Dis. - Situasi menunggu dan berebut teksi ketika waktu puncak mungkin menimbulkan rasa kurang senang dalam k…
  • Lukisan medium dakwahUSAHA memartabatkan al-Quran tidak pernah terhenti, malah pelbagai idea baru sentiasa diilhamkan oleh Allah SWT kepada s…
0 Komentar untuk "Anonymous Ingin Melancarkan Perkhidmatan Perkongsian Fail Tersendiri?"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info