Ketahui Stesen Petronas Berdekatan Melalui Aplikasi Petronas PitStop

Bagi yang suka mengembara, dan hanya mengisi minyak daripada stesen
Petronas, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi terbaru yang
dibangunkan bersama oleh Petronas, dimanakan sebagai Petronas PitStop,
menyenaraikan lebih daripada 900 stesen minyak Petronas di seluruh
Malaysia.

Melalui aplikasi tersebut juga, para pengguna boleh membuat carian
produk-produk yang ditawarkan disesuatu stesen, dari segi minyak yang
ditawarkan, termasuk produk-produk tambahan seperti ATM yang
disediakan, kemudahan tandas, dan sebagainya.


Menariknya, ia juga disertakan dengan sokongan GPS, membolehkan anda
mencari stesen Petronas berdekatan, serta mengetahui laluan dan jarak
ke sana terus melalui aplikasi tersebut.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Petronas
PitStop secara percuma daripada AppStore. Pihak pembangunnya juga turut
mengatakan versi Android akan menyusul tidak lama lagi.



Related Post

  • Cara langsingkan badan SELEPAS Syawal, ramai yang menjadikan alat penimbang sebagai teman karib. Jika sebelum raya berat badan berkurang …
  • Jaga sensitiviti agamaTERSENTUH perasaan umat Islam di seluruh dunia apabila filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamma…
  • Madrasah At-Taqwa dipercayai pusat ajaran sesat Juruzon SHAH ALAM 21 Sept. - Madrasah At-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang terlibat dalam kejadian tanah runtu…
  • Hadi puji perhimpunan Pas-UMNO ALOR SETAR 22 Sept. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji perhimpunan anjuran Pas dan UMNO bagi memba…
  • Mengaku bukan gay BARU sahaja mahu mencuba nasib sebagai pelakon, nama Amran Ismail terus dicalit dengan kontroversi hebat. Jejaka b…
0 Komentar untuk "Ketahui Stesen Petronas Berdekatan Melalui Aplikasi Petronas PitStop"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info