Awas pencuri lagak staf TNB

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berhati-hati berikutan satu kes samun di Johor Baharu oleh dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.
 
Menurut TNB, pasukan kerjanya akan hanya memasuki halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad pekerja atau kad pengenalan diri dibekalkan TNB.

"Bagi anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T merah berlogo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu," menurut kenyataan TNB, semalam.
Pengguna diminta segera menghubungi TNB sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB.- Bernama


Related Post

  • 2 reaktor nuklear Korea Selatan ditutupSEOUL: Dua reaktor nuklear Korea Selatan 1,000 megawatt ditutup hari ini di dua loji janakuasa nuklear berasingan beriku…
  • 'Ulat' Arab samsengKEHADIRAN 'ulat Arab' yang dikesan aktif mencuri pelanggan terutama kalangan pemandu teksi tempatan secara ugutan menggu…
  • Tunang penipu kena 4 sebatanALOR GAJAH: Gara-gara memperdaya bekas tunangnya dengan melarikan kereta dan barangan bernilai lebih RM60,000, seorang l…
  • Ubat 'Sheng Chang' diharamkanKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San…
  • Neelofa - Biar masa menentukanPROFESIONALISME dan disiplin kerja pelakon juga pengacara muda berbakat besar, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra d…
0 Komentar untuk "Awas pencuri lagak staf TNB"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info