Ejen kastam dituduh curi Porsche RM1 juta

KUALA LUMPUR - Seorang ejen penghantaran kastam didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini, 11 Oktober lalu.
 
Tertuduh, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin.
Dia didakwa mencuri kereta Porsche Panamera 4, yang nombor plat belum didaftarkan milik Pusat Porsche bernilai RM870,000 di No. 207, Jalan Bukit Bintang pada pukul 9.29 pagi, 11 Oktober 2012.
 
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.


Related Post

  • Gambar isteri Izzue IslamSHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu …
  • Banyak punca enjin matiKesukaran menghidupkan enjin selepas ia panas berpunca daripada pelarasan karburetor yang kurang tepat atau suapan bahan…
  • Mobil Multimedia Idaman Para NetterSaat segala hal sekarang terhubung ke internet, pekerjaan pun boleh dilakukan di mana saja. Jam kantor konvensional 9 pa…
  • 3 perkara paling Anwar takutiKUALA LUMPUR 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh…
  • Gambar tunang Fouziah GousSebentar tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasih…
0 Komentar untuk "Ejen kastam dituduh curi Porsche RM1 juta"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info