Masjid Al Hidayah terima sumbangan RM540,000

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji yang dibuat beliau beberapa bulan lalu untuk membantu Masjid Al Hidayah, Taman Melawati dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM540,000 kepada masjid berkenaan di sini, malam tadi.
Sumbangan disampaikan kepada pihak pengurusan masjid oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Pengerusi Barisan Nasional Gombak, Abdul Rahim Kamarudin, mewakili Muhyiddin.
"Beliau (Muhyiddin) singgah menunaikan solat selepas selesai aktiviti melawat kawasan dan ketika itu pengerusi masjid berjumpa beliau dan memohon supaya beliau membantu membiayai aspek pembangunan masjid.
Pengerusi Masjid Al Hidayah, Sirol Aflah Hassan Basri
"Secara spontan permintaan itu diluluskan," kata Abdul Rahim kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek tersebut kepada Pengerusi Masjid Al Hidayah, Sirol Aflah Hassan Basri.
Menurut Abdul Rahim, bantuan tersebut mencakupi sumbangan melalui Jabatan Perdana Menteri dan sumbangan peribadi Muhyiddin. — BERNAMA


Related Post

  • Tunang Amir mahu semuka dengan modelLONDON: Tunang Amir Khan, Faryal Makhdoom dilapor menuntut untuk bersemuka dengan seorang daripada bekas kekasih peninju…
  • 2 pakar cipta jean mesra alamLOS ANGELES: Kebanyakan seluar jean berwarna biru. Tetapi pada masa depan, ia mungkin hijau. Seorang ahli kimia dan seo…
  • 'Kerabat' Kedah ditahan polisGEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang disyaki menyamar sebagai anggota kerabat diraja Kedah da…
  • Amy Search tutup Restoran Cheng Ho KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho mi…
  • Selamba ludah air sirehPUCHONG – Menjijikkan apabila warga Myanmar yang menghuni kawasan rumah kedai di sini didakwa meludah 'air merah' kunyah…
0 Komentar untuk "Masjid Al Hidayah terima sumbangan RM540,000"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info