Piala Malaysia: Irfan nasihat Kelantan jangan 'mimpi siang hari'

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti menasihatkan Kelantan - pasukan bimbingan Bojan Hodak, tidak memasang angan-angan boleh menempah tiket ke final Piala Malaysia musim ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, kemenangan Kelantan pada perlawanan pusingan pertama kelmarin tidak menjamin pasukan itu boleh mara ke final.

"Janganlah mereka bermimpi di siang hari untuk mara ke final.

"Perlawanan belum berakhir, dan apa yang boleh saya katakan mereka tidak boleh terlalu yakin kerana Selangor bersedia untuk memastikan mereka tersingkir di tempat lawan," kata Irfan kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Kelantan untuk mara ke final setelah memperoleh kelebihan satu gol dalam aksi separuh akhir pertama di Kota  Bharu.

Dalam pada itu, ketika ditanya peluang pasukannya yang dilihat semakin samar, Irfan bagaimanapun tetap bersikap realistik dan yakin The Red Giants masih berpeluang melangkah ke final.

"Harus diingat masih ada 90 minit lagi, bermain di Shah Alam.

"Kami akan cuba melakukan yang terbaik demi pasukan kerana misi perjuangan Piala Malaysia masih belum tamat.

"Dan saya akan ubah corak permainan dengan lebih tersusun serta membuat sesuatu untuk ke final," kata beliau lagi.

Perlawanan pusingan kedua separuh akan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Sementara Selangor terima kunjungan Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia bertemu dengan Lions XII.


Related Post

  • Solat pengaruhi perlakuan Kesempurnaan ibadah pelihara mukmin daripada perbuatan mungkarUlama ada menyebutkan, setitik makanan yang haram memberik…
  • Senarai finalis AIM19 20121. Artis Baru Terbaik:Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)Salam Musik (Alamak feat Altimet)Stephe…
  • 4 pemain kebangsaan sarung jersi Perak Empat pemain kebangsaan, Mohd Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Yong Kuong Yong dan V Thirumurugan adalah antara 13 pem…
  • Janet Jackson Peluk Islam. Penyanyi antarabangsa, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam dan bakal berkahwin dengn seorang jutawan yang beras…
  • Messi, Ronaldo pamer aksi klasikBARCELONA: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing menyumbatkan dua gol ketika Barcelona dan Real Madrid seri 2…
0 Komentar untuk "Piala Malaysia: Irfan nasihat Kelantan jangan 'mimpi siang hari'"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info