Bantuan RM100 dibayar 15 Januari

SEREMBAN – Kerajaan menepati janji untuk membantu meringankan beban ibu bapa dengan menyalurkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang bakal dinikmati kira-kira 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mulai 15 Januari ini.
Berdasarkan pekeliling Kementerian Pelajaran, wang tersebut akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak sekolah sebelum diserahkan sepenuhnya dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, pihak sekolah tiada hak membuat sebarang pemotongan termasuk untuk yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
 
"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa, sama ada mereka mahu menggunakannya untuk bayar yuran PIBG itu hak mereka tetapi saya menegaskan pihak sekolah tidak mempunyai hak untuk membuat apa-apa potongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Lawatan Rasmi Kolej Tunku Kurshiah di Bandar Enstek, Nilai, di sini semalam.
 
Mohd. Puad membuat peringatan itu selepas mengambil kira bantahan sesetengah ibu bapa mengenai tindakan pihak sekolah membuat potongan yuran sewaktu skim bantuan khas persekolahan itu dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun lepas.
"Kita tidak mahu ada lagi aduan pihak sekolah buka meja untuk agih wang bantuan dan di tepinya pula ada meja lain untuk bayar yuran, Wang RM100 ini hak ibu bapa," ujarnya.
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.
 
Bantuan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013 bagi meringankan beban ibu bapa tanpa mengira latar belakang serta pendapatan untuk menguruskan persekolahan anak-anak.
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang kemudian mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaran.



Related Post

  • Penyamun lari akibat dilibas sejadahDua penyamun bersenjatakan pisau lari bertempiaran meninggalkan rumah yang diceroboh, apabila pelajar yang cedera akibat…
  • Telefon pintar murah LenovoPengeluar barangan elektronik dari China, Lenovo kembali memperkenalkan produk telefon miliknya kepada pengguna. Kali in…
  • Playoff hari pertama puasaKuala Lumpur: Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim ini ditentukan pada dua perlawanan playoff, Rabu ini, ia…
  • Akibat 'abai' Lesen AKuala Lumpur: Selepas Lions XII, skuad 23 tahun Singapura menjuarai Liga Super, Sabtu lalu, bola sepak Malaysia sekali l…
  • Kredit kad oh kredit kadApabila tiba Ramadan, ramai yang sudah berkira-kira untuk membuat pelbagai persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bagi ibu…
0 Komentar untuk "Bantuan RM100 dibayar 15 Januari"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info