Barcelona kena belasah, Bayern ke final Liga Juara-Juara dengan Agg 7-0

BARCELONA 2 Mei - Gergasi Jerman Bayern Munich mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas membenam Barcelona 3-0 untuk mencatat agregat besar 7-0 pada aksi separuh akhir kedua di Nou Camp pagi ini.
Ketiadaan Lionel Messi yang masih dibelenggu kecederaan dalam kesebelasan utama Barca menutup peluang tuan rumah untuk mencipta kebangkitan sebelum sepak mula lagi.
 
Sebaliknya, Bayern yang bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan empat gol membuktikan mereka terlalu hebat di atas padang.
Arjen Robben membuka jaringan buat pelawat dengan rembatan kencang kaki kiri sebaik bersambung babak kedua, sebelum Gerard Pique menyumbat gol sendiri Barca dan Thomas Muller melengkapkan gol ketika menerusi tandukan ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk ditamatkan.
Kemenangan Bayern bermakna mereka akan bertarung dengan sebuah lagi kelab dari Jerman, Borussia Dortmund yang menewaskan Real Madrid dengan kiraan agregat 4-3, semalam.
Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Wembley pada 25 Mei ini


Related Post

  • 1,167 kakitangan awam ditawar peluang miliki rumah PPA1MCabutan undian Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) siri ketiga hari ini menyaksikan 1,167 kakitangan awam ditawark…
  • Fibroid, ancaman wanitaWANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid. Fibroid ialah sejenis ketumbuhan ya…
  • Bina Semula Selapaut Dara Yang TerkoyakTeknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara  menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya 'hymen…
  • MINGGU lalu, ketika penulis sedang asyik membelek satu persatu gambar di laman Instagram, terpegun apabila terlihat waja…
  • Hudud Cabaran dan HarapanPOLEMIK mengenai undang-undang jenayah Islam (baca: hudud) tidak pernah sunyi daripada menjadi perbahasan dalam kalangan…
0 Komentar untuk "Barcelona kena belasah, Bayern ke final Liga Juara-Juara dengan Agg 7-0"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info