Pahang kena rm100 000, JDT rm20 000

Kelana Jaya: Insiden kekecohan penyokong sehingga menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam kelmarin, terpaksa ditunda, membawa padah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) apabila didenda maksimum RM100,000.

Lebih memeritkan apabila pasukan kendaliannya, Pahang diarahkan beraksi menentang Johor Darul Takzim (DT) pada perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini dalam keadaan cuaca panas.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga tidak terkecuali apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengadakan mesyuarat khas, semalam turut memutuskan didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan.
 
Padah penyokong!

Tak perlu rujuk

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata jawatankuasa itu mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman denda tanpa perlu merujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"PBNP dikenakan hukuman itu kerana empat kesalahan iaitu gagal menyediakan tahap keselamatan di stadium, menjadi punca perlawanan tertangguh, gagal mengawal penyokong sehingga mereka masuk ke kawasan trek dan ketika pengumuman pembatalan perlawanan, penyokong mereka meluru ke arah penyokong Johor DT.

"Jawatankuasa juga memutuskan pasukan itu perlu beraksi di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional, Sabtu ini dan kedua-dua hukuman itu adalah muktamad serta tidak boleh dirayu," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam


Related Post

  • Minyak baru BHPetrol BERMULA 16 Oktober ini, pemandu boleh mendapatkan petrol terbaru Infiniti Advanced 2x 95 dan 97 edaran Boustead Petrole…
  • Syor artis sertai skuad penggunaPUTRAJAYA: Pengaruh artis di Malaysia yang mampu menarik orang ramai mengikut segala perkara dan tindakan mereka sepatut…
  • Sonata lebih garangIMEJ garang dan rekaan lebih sporty menjadi sandaran terbaru buat Hyundai Sime Darby Motors memperkenalkan varian Sonata…
  • Tak sempat joli RM700,000KUALA LUMPUR: Hasrat sekumpulan enam penculik untuk 'joli sakan' dengan wang tebusan RM700,000 selepas menculik seorang …
  • Almera miliki gaya mewahNISSAN Almera atau Nissan Sunny di China mencatatkan jualan memberangsangkan dan dijual lebih 460,000 unit sejak dilanc…
0 Komentar untuk "Pahang kena rm100 000, JDT rm20 000"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info