Piya, Khyril digugur dari skuad Rajagopal

Kelana Jaya: Kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri hampir pasti digugurkan daripada skuad 26 pemain Harimau Malaya yang bakal menjalani latihan dan tiga perlawanan persahabatan di Canberra dan Sydney, Australia, 3 hingga 15 Jun ini.

Turut dilaporkan cedera, seorang lagi pemain tengah Kelantan, Shakir Shaari dan pemain bek kiri Johor Darul Takzim (DT), Farid Ramli.
Sebagai ganti, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal memanggil tiga pemain daripada senarai 12 pemain menunggu iaitu Fauzi Rozlan, Saiful Nizam Miswan (Pahang) dan Zubir Azmi (Terengganu).

"Badhri dan Khyril tidak sempat pulih dalam masa terdekat kerana kecederaan hamstring. Shakir pula mengalami kecederaan buku lali dan saya akan lihat sehari dua ini perkembangannya.

"Farid pula saya akan dapatkan laporan daripada pasukannya mengenai tahap kecederaannya.

"Buat masa ini, saya sudah memanggil Zubir, manakala pemain Pahang dan Johor DT akan melapor diri, Ahad ini selepas selesai aksi separuh akhir Piala FA," kata Rajagobal ketika ditemui selepas latihan pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Raja tiada pilihan

Dalam pada itu, Rajagobal mengakui beliau tidak mempunyai pilihan selain membuat kunjungan dua minggu ke Australia yang ketika ini hampir mengalami musim sejuk sebagai ganti pembatalan dua aksi persahabatan kelas A bertemu Singapura yang sepatutnya berlangsung 4 dan 7 Jun ini.

"Bahrain yang kita akan jumpa pada Oktober depan kita tak tahu lagi sama ada ketika itu cuaca sejuk atau tidak. Kamu kena faham, ketika kita lawan Qatar di Doha (Februari lalu) pun cuaca sejuk juga.

"Bagaimanapun, pada masa suntuk yang ada ini, kita kena buat satu keputusan. Kita sudah cuba untuk mengadakan latihan di China, Eropah, Jepun dan Korea Selatan, tetapi gagal.

"Sebenarnya, bukan senang nak dapat tempat latihan dan perlawanan persahabatan. Kita hanya dapat peluang ke Australia," katanya.


Related Post

  • Almera miliki gaya mewahNISSAN Almera atau Nissan Sunny di China mencatatkan jualan memberangsangkan dan dijual lebih 460,000 unit sejak dilanc…
  • Minyak baru BHPetrol BERMULA 16 Oktober ini, pemandu boleh mendapatkan petrol terbaru Infiniti Advanced 2x 95 dan 97 edaran Boustead Petrole…
  • Pena Kampus: Tanggungjawab YB kampus"TERIMA kasih kerana memilih pro-Aspirasi". Begitulah antara petikan ayat yang dilontarkan ikhlas Perdana Menteri ketika…
  • Syor artis sertai skuad penggunaPUTRAJAYA: Pengaruh artis di Malaysia yang mampu menarik orang ramai mengikut segala perkara dan tindakan mereka sepatut…
  • Sonata lebih garangIMEJ garang dan rekaan lebih sporty menjadi sandaran terbaru buat Hyundai Sime Darby Motors memperkenalkan varian Sonata…
0 Komentar untuk "Piya, Khyril digugur dari skuad Rajagopal"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info