Biasa doktor ni di hormati kan, dan juga kita menganggap doktor mesti mengamalkan gaya hidup sihat kan, sebab doktor mesti lah dia tahu yang mana bagus dan tak bagus. Tetapi mengejutkan! Ramai doktor ada ilmu, tapi tak amalkan, apatah lagi yang kerja bukan doktor. Di harap doktor boleh menunjukkan tabiat cara hidup yang baik untuk di jadikan tauladan.
Kurang bersenam
Doktor dikatakan lebih mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat berbanding profesion lain di dunia ini kerana kebanyakan mereka kurang bersenam, kurang tidur dan turut mempunyai tabiat pemakanan yang agak buruk, kata satu kajian terbaru. PureGym di Britain membuat soal selidik terhadap 2,000 orang dalam pelbagai bidang profesion mengenai pilihan gaya hidup mereka sepanjang purata seminggu bekerja.
Doktor mendapat markah yang teruk secara beterusan apabila ditanya mengenai tabiat pemakanan mereka, senaman atau tabiat tidur, lapor femalefirst.co.uk. Kajian pendapat berkenaan mendedahkan bahawa doktor adalah daripada kumpulan yang paling ramai tidak bersenam, dengan hampir suku daripada mereka mengakui tidak melakukan sebarang bentuk senaman biasa.
0 Komentar untuk "Doktor amal cara hidup tak sihat!"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...