Perniagaan adalah perantara bagi sekumpulan manusia yang mempunyai masalah biasa (sasaran pasaran atau pasaran khusus) dengan satu set penyelesaian yang mereka perlukan ( sesuatu nilai yang disediakan melalui perniagaan)
Sebagai contoh, orang-orang yang ingin menurunkan berat badan, itu adalah satu pasaran sasaran. Dan peralatan senaman, keahlian gim, jurulatih, resipi diet, dan sebagainya mewakili sesuatu nilai atau penyelesaian yang mereka mahu beli. Peranan perniagaan ini adalah untuk menyambung pasaran sasaran dengan penyelesaian yang diperlukan. Mudah bukan!
Sebuah “Perniagaan” adalah penghubung antara “Nilai” dan “Pasaran Sasaran”
“Pemasaran” adalah proses komunikasi tentang manfaat bagi sesuatu tawaran untuk “Pasaran Sasaran” anda.
Jika anda mahu menjana wang, anda perlu berhenti bersikap seolah-olah kehidupan anda berhutang kepada dunia ini, sebaliknya anda perlu melakukan tiga perkara:
- Memutuskan sekumpulan manusia yang anda akan bantu.
- Membuat keputusan dan mewujudkan penyelesaian yang mereka perlukan.
- Menubuhkan perniagaan untuk menghubungkan pasaran sasaran dengan penyelesaian anda.
Semoga artikel ringkas ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kukuh keapda anda di dalam membangunkan sebuah perniagaan.
0 Komentar untuk "Asas Perniagaan Yang Perlu Anda Fahami"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...