Tasha Shilla Tidak Kisah Kekasih Bertatu

alt
 
Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yang aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan peribadi jejaka itu yang bukan beragama Islam dan memiliki badan bertatu.
 
Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.
 
"Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut," jelas selebriti ini ringkas yang turut menolak dakwaan yang beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan.
 
Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja.
 
"Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana," tambah Tasha Shilla lagi.


Related Post

  • Wanita ditegur cara bonceng Banda Aceh: Seramai 35 wanita di bandar Lhokseumawe, Aceh, diberi amaran oleh polis Syariah selepas membonceng motosika…
  • Argentina pilihan Johor DT JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim mempertaruhkan pemain import baharu dari Argentina, Leonel Jorge Nunez bagi memperkuk…
  • Semut tahu gempa bumi sehari awal Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlakuBerlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegia…
  • Kelantan hilang sentuhan juara KOTA BHARU - Juara bertahan, Kelantan berkemungkinan besar terpaksa melepaskan kejuaraan liga musim ini selepas tumban…
  • Semut tahu gempa bumi sehari awal Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlakuBerlin: Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegia…
0 Komentar untuk "Tasha Shilla Tidak Kisah Kekasih Bertatu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info