12 Tanda Bahawa Anda Sedang Di Lamun Cinta



Perasaan ketika dilamun cinta adalah saat-saat yang membahagiakan. Hidup ini terasa indah bagai di syurga. Segala aktiviti yang dilakukan serba tidak kena tatkala fikiran asyik memikirkan dirinya. Ingin sekali rasanya diluahkan perasaan yang tertahan-tahan di hati ini.
Namun, takut juga jika ini hanyalah mainan perasaan dan hanya bersifat sementara sahaja. Tetapi jika bahagia sudah mengalahkan segalanya, sahlah anda sedang dilamun cinta! Jom kita ketahui apakah 12 tanda bahawa anda sedang di lamun cinta
  • Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama, padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia
  • Anda mula dahagakan senyuman dari si dia
  • Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama itu berlaku
  • Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu mempunyai minat yang sama dan secara perlahan–lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia
  • Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia
  • Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya
  • Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia
  • Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama–sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa
  • Tiba–tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu cinta
  • Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk di lakukan bersama–sama
  • Anda mula rasa sayang teramat pada dia
  • Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya
Jadi kesimpulannya. Anda yang sedang dilamun cinta akan merasakan dunia ini anda yang punya dan setiap apa yang anda lakukan, anda pasti akan teringatkan si dia. Namun diingatkan, jangan terlalu asyik dengan lamunan cinta anda sehingga lupa dengan keadaan sekeliling dan kerja-kerja penting anda. Takut nanti ia akan memakan diri anda.


Related Post

  • Lions XII ancam emas kitaKUALA LUMPUR - Penyertaan Lions XII dalam Liga Malaysia memberi kelebihan buat skuad kebangsaan negara jiran itu mempers…
  • Gelombang ubah KelantanKUALA LUMPUR – Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam mendapat sambutan heb…
  • Pengguna FB boleh promosi status rakanSAN FRANCISCO - Pengendali laman sosial Facebook kelmarin menyatakan, pihaknya kini membenarkan pengguna untuk membayar …
  • Amah lambung bayi direman KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seoran…
  • Pangkalan data tunggal permudah guruKEMENTERIAN Pelajaran telah membangunkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang bukan sahaja dapat mengurangkan beban…
0 Komentar untuk "12 Tanda Bahawa Anda Sedang Di Lamun Cinta"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info