‘Produksi Upin & Ipin Berbohong’ – KP Istana Budaya



Pementasan Upin & Ipin gagal menandingi “Lat The Kampung Boy.”

PETALING JAYA: Pihak Istana Budaya (IB) terkejut dengan tuduhan tidak benar syarikat produksi Les’Copaque Production Sdn Bhd (LCPSB) kononnya agensi itu menolak permohonan bagi mementaskan semula teater Upin & Ipin The Musical.
Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, dia tidak pernah menerima permohonan secara rasmi daripada pengarah urusan syarikat berkenaan, Burhanuddin Md Radzi bagi menyambung semula pementasan tersebut.
“Apa yang dinyatakan Burhanuddin kebanyakannya tidak benar. Beliau hanya bertanya kepada saya secara lisan hasratnya untuk melakukan pementasan semula teater itu pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.
"Jadi, saya memintanya menyediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada pihak pengurusan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Mohamed Juhari Shaarani

“Sama juga saya menjelaskan kepadanya bahawa dia tidak mungkin mendapat slot pada cuti sekolah ini kerana jadual di IB sudah penuh diisi dengan teater-teater lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan rasa tidak puas hati Burhanuddin mengenai tindakan IB yang enggan memenuhi permohonan syarikat produksi LCPSB bagi menyambung pementasan teater muzikal Upin & Ipin yang telah melalui 30 pementasan bermula pada 14 April hingga 6 Mei lalu.
Burhanuddin turut dilaporkan tidak senang dengan bayaran sewa bagi mementaskan muzikal berkenaan iaitu RM15,000 (sehari) di Panggung Sari yang dianggap mahal tidak termasuk sewaan lain seperti Bilik Nilam bagi meraikan tetamu yang dikenakan kadar sebanyak RM8 bagi sebuah kerusi.
Menjelaskan perkara itu Mohamed Juhari berkata, kadar sewa di Bilik Nilam tidak perlu dibangkitkan kerana secara keseluruhannya, IB meletakkan harga sewa yang murah berbanding di tempat lain.
Burhanuddin Md Radzi

“Sebenarnya harga sewa RM15,000 yang diberikan bukan hanya tertumpu di Panggung Sari sahaja, sebaliknya ia termasuk pakej mendapat khidmat tenaga kerja teknikal selain diberi kebenaran menggunakan lobi untuk membuat sebarang promosi," katanya.
Beliau menambah, walaupun teater muzikal itu dikatakan mendapat sambutan hangat tetapi kutipannya tidak berjaya menandingi teater Lat The Kampung Boy yang berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu sebanyak 33,000 orang bagi 22 kali pementasan,” ujarnya.
Mohamad Juhari turut bertegas pihaknya tidak pernah bersikap birokrasi terhadap mana-mana produksi seperti yang dikatakan Burhanuddin.
"Selalunya menjadi amalan pementasan ulangan akan diadakan setahun atau dua tahun selepas pementasan pertama sekiranya ia mendapat kutipan pecah panggung dan sepatutnya LCPSB harus mengikut garis panduan tersebut," kata beliau.


Related Post

  • Baju Hamil Kate MiddletonKate Middleton kembali menarik perhatian dengan penampilannya. Duchess of Cambridge ini tetap tampil memukau meski …
  • Artis salah kostum di karpet merahBergelimang harta dan terkenal bukan berarti membuat para seleb tampil maksima sediakala dengan balutan busana dari desa…
  • Senjata baru Johor  Johor Bahru: Kehadiran pemain import baru Johor dari Argentina, Ezequiel Andrian Gallegos diharap menjadi pertar…
  • Gelang bentuk pelik laaBanyak aksesoris yang diciptakan oleh manusia, diantaranya gelang. Gelang dibuat juga bentuknya berbagai macam. Bahan…
  • Sapa awek Zizan?Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah ju…
0 Komentar untuk "‘Produksi Upin & Ipin Berbohong’ – KP Istana Budaya"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info