WiFi Celcom di kopitiam

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) melancarkan perkhidmatan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) di kedai kopi Cina atau lebih dikenali sebagai kopitiam di seluruh Malaysia menjelang akhir bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, menerusi kemudahan itu, pengusaha kopitiam akan dibekalkan dengan peranti mobiliti PortaWiFi untuk sokongan capaian data Wi-Fi Hotpot berkelajuan sehingga 21Mbps.

"Kemudahan ini bakal menyediakan pelanggan kopitiam dengan akses Internet segera terpantas dalam wilayah Celcom.
"Sebagai permulaan, kopitiam terpilih akan mengaplikasi PortaWiFi secara percuma selama tiga bulan sebelum Celcom memperkenalkan pakej langganan perkhidmatan data khusus untuk peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sedikit masa lagi," katanya selepas sidang media pelancaran servis itu di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmiannya disempurnakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Hadir sama, Presiden Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim.


Related Post

  • Meteorit 300kg ditemui di barat PolandWARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter…
  • Majlis Al-Arqam diserbu JAISRAWANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajara…
  • iPad mini mula dijual di AustraliaSYDNEY: iPad mini membuat kemunculan sulung di Australia hari ini ketika Apple tampil memberi saingan terhadap Amazon, G…
  • 'Termahal RM7j’'Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dipercayai melabur lebih RM7 juta untuk mengikat penyerang Getafe …
  • AEON beli CarrefourKUALA LUMPUR – Syarikat peruncitan utama Jepun, AEON Co Ltd. (AEON) mengambil alih operasi Carrefour Malaysia (Carrefour…
0 Komentar untuk "WiFi Celcom di kopitiam"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info