Banglo runtuh di seksyen 7 Shah Alam - mang ke 6 d temui

SHAH ALAM — Seorang lagi mangsa runtuhan konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini berjaya diselamatkan pasukan penyelamat pada 10.15 malam tadi.
Lelaki itu, yang dikenali sebagai Kasmuji, dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dia ditemui selepas kren kedua digunakan dalam operasi menyelamat.
Operasi menyelamat masih diteruskan untuk mencari dua lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit banglo yang sedang diubah suai itu.
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Seorang mangsa iaitu Ghadami berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan kaki kanan kesan terkena serpihan runtuhan banglo itu.
Tiga mangsa lain yang dikenali sebagai Waras, Arifin dan Kabir berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, mayat Otok Hamid Anthony akan dibedah siasat.
Kesemua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an adalah warga Indonesia


Related Post

  • Fathul Bari saran Pas keluar PakatanSHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana …
  • Gempar akuarium pecah SERAMAI 15 pengunjung sebuah pusat beli-belah menjadi mangsa serpihan kaca terbang dan limpahan air apabila cermin tan…
  • Laporan polis dalam talianSABAK BERNAM 27 Dis. - Orang ramai dijangka boleh membuat laporan polis secara dalam talian melalui satu portal rasmi ya…
  • Liga M: 7 stadium dibenar guna waktu malamPERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi lampu hijau kepada tujuh buah stadium untuk menganjurkan perlawanan Liga Mal…
  • Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu…
0 Komentar untuk "Banglo runtuh di seksyen 7 Shah Alam - mang ke 6 d temui"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info