Celcom sasar 4 juta pengguna baru Xpax

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Bhd (Celcom) mensasarkan meraih empat juta pelanggan baru perkhidmatan prabayar Xpax dalam tempoh empat bulan hingga Disember ini sempena siri kedua kempen Whatchuwant?.

Sepanjang empat bulan kempen pertama Whatchuwant? yang diadakan mulai 30 April, syarikat mencatat tiga juta pelanggan baru berbanding hanya kira-kira 900,000 dalam tempoh empat bulan sebelum kempen itu diadakan.
Ketua Pegawai Pemasaran, Zalman Aefendy Zainal Abidin, berkata dengan menyandarkan kepada pertumbuhan langganan menerusi kempen itu, syarikat merancang meneruskannya untuk kali kedua dengan menawarkan lebih banyak ganjaran termasuk peluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 setiap hari.

Pelbagai hadiah

"Kami yakin mencapai sasaran empat juta pelanggan baru sepanjang tempoh siri kedua kempen Whatchuwant? Dalam tempoh empat bulan mulai 15 Ogos lalu, pelanggan berpeluang menang pelbagai hadiah termasuk telefon pintar iPhone dan televisyen LCD.

"Lebih menarik lagi, kami turut membenarkan pelanggan memilih hadiah yang mungkin mereka menangi selain menawarkan kemudahan memilih perkhidmatan bersesuaian dengan corak penggunaan masing-masing," katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen Whatchuwant? siri pertama di sini, semalam.

Hadiah kereta Pada majlis itu, seorang guru, Mohd Fadil Mat Nayan dari Kuala Terengganu memenangi sebuah kereta Mazda 3 manakala Muhammad Faizuddin Ariffin dari Gombak memenangi sebuah kereta Honda CR-Z.
Mengulas lanjut, Zalman Aefendy berkata, menerusi kempen itu purata nilai setiap pengguna (ARPU) turut meningkat antara 10 hingga 15 peratus iaitu sekitar RM40 seorang berbanding RM35 sebelumnya.

Sementara itu, mengulas corak penggunaan perkhidmatan prabayar Celcom Xpax, beliau berkata, lebih separuh pelanggan adalah golongan muda yang memilih pakej data dan suara berbanding pengguna biasa, pakej suara dan teks.


0 Komentar untuk "Celcom sasar 4 juta pengguna baru Xpax"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info