Juruukur bahan Ahmad Abd. Jalil, 27 hina Sultan Johor dalam FB

JOHOR BAHRU — Seorang juruukur bahan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad Abd. Jalil, 27, yang berasal dari Klang, Selangor, membuat pengakuan itu di depan Hakim Zamri Bakar selepas pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Umar Saifuddin Jaafar.
 
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Nov depan untuk menyebut semula kes.
 
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama "Zul Yahya" di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira pukul 3 petang, 21 Oktober lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun dan denda RM50,000 dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
 
Ahmad juga didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada kira-kira pukul 6 petang, 10 Oktober lalu. — BERNAMA


Related Post

  • Cekup Datuk bankrapKOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia 69 tahun bergelar Datuk yang berhutang RM7.6 juta adalah antara 15 individu …
  • Remaja diculik tiga lelaki guna van putihKUALA LUMPUR: Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam …
  • Lihat 3 sawa bergumpalALOR GAJAH: Suasana di sebuah tempat mencuci kereta di Kampung Paya Rumput, dekat sini, gempar apabila tiga ular sawa mu…
  • Lulus ubah suai rumah sehariKUALA LUMPUR: Permohonan kelulusan mengubah suai rumah sekitar bandar raya ini diproses selama sehari berbanding semingg…
  • Boleh pecut lebih 140km/j"BETUL ke kenderaan hibrid jimat minyak?" itulah soalan yang kerap ditanya untuk mengetahui keistimewaan kereta 'dua ala…
0 Komentar untuk "Juruukur bahan Ahmad Abd. Jalil, 27 hina Sultan Johor dalam FB"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info