Sah! Perak lubuk emas, lebih 3 lokasi dikenal pasti

LEBIH tiga lokasi sudah dikenal pasti! Itu pendedahan awal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak berhubung penemuan emas yang diyakini berdaya maju untuk dibangunkan di negeri ini.
Pengarahnya, Dr Kamaludin Hassan berkata, penemuan yang dilakukan melalui kajian 'Servey Geo-Kimia Rantau' itu ibarat pembukaan lembaran mineral baru di beberapa lokasi di negeri ini sebagai lubuk emas setelah dahulunya kaya dengan sumber bijih timah.
 
Malah menurutnya, melalui kajian yang dimulakan sejak 2005 itu juga sudah menemukan mereka kepada 16 keping emas yang sudah diperakui ketulenannya.

Bagaimanapun jelas Dr Kamaludin, kajian selama enam tahun itu sebenarnya hanyalah satu eksperimen permulaan dalam usaha jabatan mengenal pasti sumber mineral baru di Perak.
 
"Masih banyak kajian dan penyelidikan lebih teliti perlu dilakukan dalam 'pencarian emas' ini, namun saya pasti, sekiranya penemuan ini berjaya dibangunkan ia akan menjadi satu lagi sumber pendapatan tambahan ekonomi negeri," katanya.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung  penemuan sumber mineral baru di negeri ini seperti yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ikuti temu bual secara eksklusif Dr Kamaludin dalam Sinar Harian hari ini.



Related Post

  • Anak longlai dihempap TVAMPANG: "Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga b…
  • Ahli KK Merah bunuh dan samunKUANTAN: Suspek utama kes bunuh warga emas dalam kejadian samun di Kampung Baru Simpang Sanggang, Temerloh, pada 14 Sept…
  • Nakhaie sokong Haron terajui PASKuala Lumpur: Cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Timba…
  • e-Pusara pelengkap Raudhatul SakinahSEJAK tiga bulan lalu, Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, 34, tidak pernah putus menziarahi pusara arwah ayahnya, Allahyarham …
  • Johor Offer Apek Rm3 jutaKOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila …
0 Komentar untuk "Sah! Perak lubuk emas, lebih 3 lokasi dikenal pasti"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info