Lapan ahli KWSP didapati bersalah menipu pengeluaran perumahan

KUALA LUMPUR: Seramai lapan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan menipu pengeluaran perumahan bagi suku tahun ketiga 2012.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, kesemua mereka bersalah dan didenda berjumlah RM13,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991.

Lima daripada mereka berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, penipuan pengeluaran itu yang membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran daripada akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991.

"Mengikut akta itu, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya.

Nik Affendi berkata, bagi ahli yang disabit kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan kepada KWSP dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, hanya dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama selepas tempoh dua tahun dari tarikh wang dipulangkan.

Katanya, ahli yang tidak memulangkan wang atau memulangkannya selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama, selama-lamanya.
"KWSP ingin menegaskan bahawa simpanan KWSP adalah untuk membiayai kehidupan semasa persaraan dan ahli sendiri yang akan rugi jika mereka cuba mengeluarkan simpanan KWSP melalui cara yang tidak sah," katanya.

Nik Affendi mengingatkan ahli KWSP yang kesempitan wang supaya tidak terpengaruh dengan sindiket yang menawarkan untuk membantu mereka mengeluarkan simpanan secara penipuan kerana ia adalah satu kesalahan yang serius dari segi undang-undang.

Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121.


Related Post

  • Diva Berjanggut Tidak Hirau Pandangan Negatif   VIENNA 12 Mei - 'Diva' berjanggut, Conchita Wurst yang memenangi Pertandingan Eurovision kelmarin kini dikenal di s…
  • Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, …
  • Masjid Putra Heights Subang JayaJawatankuasa Pembinaan Masjid Putra Heights telah dibentuk pada 29 Oktober 2011 atas sokongan dari wakil-wakil setiap su…
  •   Pengasas rangkaian produk kosmetik D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, …
  • NKRA LinusApa itu  Program LINUS?  LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening) …
0 Komentar untuk "Lapan ahli KWSP didapati bersalah menipu pengeluaran perumahan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info