Seluar dalam cegah bau kentut laris

Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini.
"Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk," kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.

Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat

Dapat sambutan

"Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. - Agensi                               


Related Post

  • Piya cepat sesuai diriPetaling Jaya: Walaupun hanya memiliki tiga hari sebelum aksi persahabatan menentang Arab Saudi, Ahad ini, kapten Kelant…
  • Adidas vs NikeFrankfurt: Adidas AG bertekad mengukuhkan kedudukannya yang kini berada di tempat keenam dalam pasaran kasut larian di A…
  • Fujifilm boleh bantu Microsoft saingi AppleTokyo: Fujifilm Holdings Corp, pengeluar kamera dan filem, mungkin boleh membantu Microsoft Corp dan industri komputer p…
  • LAHAD DATU - Mayat panglima pengganasLahad Datu: Polis semalam, mengesahkan lelaki berpakaian jeneral yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu…
  • LAHAD DATU - PILIHANRAYA SERENTAK KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi Parlimen Silam yang turu…
0 Komentar untuk "Seluar dalam cegah bau kentut laris"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info