Xi pemimpin baru China

Beijing: Presiden China, Hu Jintao, memberi laluan kepada timbalannya, Xi Jinping menjadi pemimpin Parti Komunis negara itu semalam.

Peralihan jawatan itu adalah kali kedua berlaku secara teratur sejak parti berkenaan berkuasa 63 tahun lalu.
Selepas sidang Kongres ditutup di Dewan Besar Rakyat, Hu mengambil kertas di depannya, berjabat tangan dengan orang di belakangnya dan turun pentas.


Duduk di sebelah Hu ialah bekas pemimpin Jiang Zemin, 86. Jiang dibantu untuk berdiri ketika lagu rasmi Komunis diperdengarkan.

Selepas itu, Jiang memandang ke arah Hu, berjabat tangan dengannya sebelum dibantu turun pentas.

Proses penyerahan kuasa oleh Hu dan pemimpin kanan lain berusia lewat 60-an kepada Xi dan bakal pemimpin baru dalam lingkungan 50-an mengambil masa beberapa bulan.

Pucuk pimpinan baru menghadapi cabaran getir termasuk pertumbuhan semakin perlahan ekonomi kedua terbesar dunia.
Mereka juga menghadapi tekanan penduduk yang semakin aktif menuntut hak mereka selain hubungan agak keruh dengan negara jiran.

Sejajar dengan proses peralihan itu, Hu tidak dipilih semula sebagai anggota Jawatankuasa Pusat pada hari terakhir Kongres Parti Komunis.

Ini menunjukkan beliau tidak lagi sebahagian kepemimpinan, kata dua delegasi di sini yang tidak mahu identiti mereka disiarkan kerana senarai rasmi belum diumumkan.

Mereka berkata, 2,200 delegasi memberi tepukan gemuruh selepas keputusan undi rahsia menunjukkan Xi dipilih sebulat suara untuk menjadi anggota jawatankuasa berkenaan.

Ia adalah langkah awal sebelum dinamakan sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Politburo dan seterusnya menjadi pemimpin parti.

Li Keqiang yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri juga dipilih sebagai anggota panel itu, lapor agensi berita Xinhua.

Barisan baru Jawatankuasa Tetap Politburo, badan paling berkuasa di China, akan diumumkan hari ini.
AP


Related Post

  • Malu ada payudara seperti wanita LONDON - Seorang lelaki Britain, Farshad Hashemzadeh berasa sangat malu untuk berdepan dengan masyarakat kerana memil…
  • Moto G - Smartphone Motorola Motorola Mobility akhirnya secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Moto G. Telefon pintar ini tu…
  • Jalan-jalan di Port Dickson Hujung minggu lepas, aku pergi lepak-lepak di Port Dickson, nak tenangkan minda skit sambil hirup udara masin tepi pa…
  • Kalau duit tak cukup, apa-apa pun jadi Pernahkah korang makan roti canai kat mamak, lepas tuh cicah kuah dal atau kari sampai licin kuah tuh? Ada tapi jarang…
  • Sushi bahaya kepada jantung SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.Tetapi …
0 Komentar untuk "Xi pemimpin baru China"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info