9 pemain sertai Harimau Muda A

SEMBILAN pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun negara) pada musim depan, demikian jelas ketua jurulatih skuad berkenaan, Ong Kim Swee semalam.
Pemain terbabit ialah Mohd. Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd. Azmi (Terengganu), Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).
Turut tersenarai ialah Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil.
 
"Kesemua pemain tersebut telah melapor diri semalam kecuali dua pemain dari Perak yang membantu pasukan mereka menghadapi (Perlis) pada suku akhir kedua Piala Emas Raja- Raja (di Stadium Perak, Ipoh) hari ini (semalam)," kata Kim Swee.
Menurut beliau, pemain yang belum melapor diri akan berbuat demikian pada sesi latihan pasukan berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini.
 
"Selain sembilan pemain tersebut, saya turut berminat mendapatkan pemain pertahanan daripada Selangor PKNS iaitu Mohd. Aminuddin Mohd. Noor bagi memperkuatkan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan pada tahun depan.
"Saya difahamkan, Mohd. Aminuddin bersama Mohd. Azrif Nasrulhaq kini bersama pasukan Selangor PKNS menghadapi perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia tahun depan.
 
"Namun, saya berharap dapat menyelesaikan proses mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan sebelum 10 Disember ini," katanya.
Beberapa pemain skuad berkenaan telah meninggalkan pasukan itu berikutan melebihi had umur, antaranya pemain kebangsaan, Mahalli Jasuli yang menyertai pasukan Selangor.
Skuad Harimau Muda A bakal beraksi di Eropah musim depan sebagai persediaan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan tempat mereka dalam Liga Singapura akan digantikan skuad Harimau Muda B yang dikendalikan bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail.


Related Post

  • Mazda CX-5 model CKD turun harga SHAH ALAM 17 Jun - Bermaz Motor Sdn. Bhd., pengedar eksklusif kenderaan Mazda menawarkan penurunan kos pemilikan keret…
  • Kim Jae-won bakal kahwin AKTOR Kim Jae-won membuat pengumuman di blognya yang dia akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya akhir bulan …
  • Man of Steel kuasai pecah panggungFilem Man of Steel lakonan Henry Cavill, Amy Adams, Russell Crowe dan Kevin Costner mengaut RM352.6 juta untuk menghuni …
  • Mini Cooper turun RM30,000 KULIM 13 Jun - Usaha kerajaan untuk menurunkan harga kereta di pasaran tempatan terus menampakkan hasil. Terbaharu, k…
  • Tempat berhantu tarikan pelancong KAWASAN penempatan, mahupun kemudahan yang terbiar tanpa digunakan untuk tempoh yang agak lama, layak digelar sebagai …
0 Komentar untuk "9 pemain sertai Harimau Muda A"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info