Penduduk diminta tangkap ular sawa

WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida.
Orang ramai dialu-alukan menyertai usaha untuk menghapuskan spesies reptilia itu yang memakan burung, rusa, kucing hutan dan pelbagai haiwan lain yang menghuni kawasan Everglades.
Dianjurkan Perkhidmatan Hidupan Liar Amerika Syarikat (AS), pertandingan selama sebulan bermula 12 Januari depan itu menawarkan hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,565) kepada pemenangnya.
 
"Kesedaran orang ramai yang semakin meningkat tentang ancaman ular sawa Burma ke atas ekosistem Everglades menjadi matlamat pertandingan Cabaran Ular Sawa 2013 ini," kata perkhidmatan berkenaan dalam satu kenyataan.
Kali pertama ditemui di dalam paya Everglades pada 1979, ular sawa Burma mengambil masa 21 tahun untuk menjadi spesies paling dominan di kawasan itu.
Reptilia tersebut dipercayai telah dibuang ke dalam paya oleh beberapa pemilik haiwan eksotik. - AFP


Related Post

  • Piya akan buat sesuatu malam niKOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak percaya kaptennya Mohd. Badhri Radzi atau Piya mampu menghadirkan sesuatu k…
  • Baca al-Quran rahsia peroleh 9A+KOTA BHARU 21 Mac - Amalan membaca al-Quran untuk merangsang perkembangan otak membuahkan hasil apabila Dini Mardiana Mo…
  • Rajagobal puas hati aksi PiyaPENAMPILAN julung kali kapten pasukan The Red Warriors (TRW), Badhri Radzi bersama skuad Harimau Malaya ketika berdepan …
  • Obama kutuk IsraelBAITULMAQDIS 22 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengkritik Israel atas halangan ketat negara …
  • Najwa Latiff dapat 4ABATU PAHAT 21 Mac - Penyanyi, Najwa Latif (gambar), 18, yang popular dengan lagu Muka Buku dan Kosong mendapat 4A daripa…
0 Komentar untuk "Penduduk diminta tangkap ular sawa"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info