Piala AFF: 'Kami doakan kemenangan'

SELURUH rakyat Malaysia mendoakan skuad Harimau Malaya mampu mengulangi kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki dua tahun lalu, dengan menumpaskan Thailand pada saingan separuh akhir di Bukit Jalil, malam ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad kendalian Datuk K Rajagopal perlu menggunakan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri untuk mempamerkan aksi mantap dan bertenaga.

"Kemenangan nanti merupakan hadiah paling berharga kepada seluruh rakyat terutamanya untuk Perdana Menteri kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berpendapat dalam perlawanan yang berdasarkan keputusan jaringan pada dua perlawanan timbal balik ini, skuad negara perlu mengambil peluang sepenuhnya beraksi di Stadium Bukit Jalil.
"Gunalah kesempatan bermain di tempat sendiri di hadapan penonton setia untuk menang dengan jaringan yang mampu menjadi bekalan di tempat lawan, nanti," katanya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut yakin walau sekuat manapun pasukan Thailand, Harimau Malaya telah membuktikan mampu bangkit daripada prestasi hambar di awal pertandingan, dan mara ke separuh akhir.
"Harimau telah mengaum semula dengan sepenuh kekuatan mendaki kepayahan di awal pertandingan, saya yakin atas sokongan semua termasuk Perdana Menteri, Harimau Malaya diyakini akan berada di puncak perlawanan akhir nanti, Insya-ALLAH," katanya.

Perlawanan separuh akhir pertama akan berlangsung malam ini, manakala perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember ini.


Related Post

  • Keluarga seni MaembongMungkin ada yang tidak tahu pelakon, Emma Maembong dan adiknya, Cha Cha Maembong adalah anak kepada pelukis terkenal tan…
  • Pen mampu kesan kesalahan ejaanLondon: Menggunakan pen dan kertas boleh menjadi pengalaman menakutkan kepada ramai orang hari ini. Tanpa kelengkapan …
  • Terima kasih PKNS di atas surat peguam anda...satu perkongsian TERIMA KASIH Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menghantar surat peguam di atas tulisan saya dalam kolu…
  • Si gigi besiKalau dulu si pemakai pendakap gigi atau 'braces' ini lebih sinonim dengan masalah struktur gigi, tapi jika diperhatikan…
  • Rozaimi powerrBrisbane: Sedar kelibatnya diperhatikan, penyerang Harimau Muda A, Rozaimi Abdul Rahman terus mencuri tumpuan apabila me…
0 Komentar untuk "Piala AFF: 'Kami doakan kemenangan'"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info