Cara Senang Memohon Pr1ma Perumahan Rakyat 1 Malaysia

Pasti ramai yang tercari-cari Cara Memohon PR1MA Online selepas pengumuman pembinaan 10,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia di lokasi baru iaitu Pulau Pinang. Pemohon kini boleh mendaftar secara atas talian sahaja jika memenuhi kriteria kelayakan.
cara daftar pr1ma
Ikuti langkah demi langkah (1~7) Cara Memohon PR1MA Online

Cara Daftar PR1MA Online

1. KELAYAKAN
2. PENDAFTARAN
  • Sila lengkapkan borang permohonan
  • Nombor pendaftaran khas PR1MA akan diberikan sekiranya proses permohonan telah lengkap.
3. PERMOHONAN
  • Pemohon berdaftar akan dimaklumkan melalui emel dan sms apabila pembangunan PR1MA yang menjadi pilihan telah dilancarkan.
  • Setelah itu, pemohon berdaftar perlu mengemukakan permohonan untuk tujuan pengundian.
4. PENGESAHAN
  • Setelah tamat tempoh permohonan mengundi, pemohon akan disaring melalui proses pengesahan.
  • Pemohon yang sah akan dipilih untuk tujuan pengundian
5. PENGUNDIAN
  • Pemohon yang sah akan diundi secara rawak.
  • Sebagai makluman, proses pengundian ini akan diaudit sepenuhnya.
6. PENGUMUMAN PENGUNDI YANG BERJAYA
  • Nombor undian pengundi yang berjaya akan dipaparkan di laman web PR1MA
  • Pengundi yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan sms.
Nota : Pembeli rumah PR1MA yang Berjaya boleh meneruskan urusan pembiayaan perumahan dengan institusi kewangan pilihan sendiri.
7. PERUNTUKAN PERUMAHAN
  • PR1MA akan menghubungi pengundi yang berjaya dan memaklumkan perincian perumahan yang disediakan.
 
Untuk makluman, antara Lokasi Projek PR1MA sebelum ini adalah di Putrajaya, Senawang, Rasah, Seremban Utara dan Seremban 2 selain pengumuman di lokasi baru iaitu di Penang. Diharap Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ini dapat diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memberi peluang menyeluruh kepada rakyat yang memerlukan untuk memiliki Rumah Mampu Milik.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman rasmi PR1MA di www.pr1ma.my atau email ke info@prima.my untuk sebarang pertanyaan.



0 Komentar untuk "Cara Senang Memohon Pr1ma Perumahan Rakyat 1 Malaysia"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info