P2i saman pelanggaran paten Europlasma NV

KUALA LUMPUR - P2i, pemimpin dunia di dalam teknologi penyalutan nano penolak cecair, mengumumkan ia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Europlasma NV, sebuah pengeluar Belgium untuk peralatan plasma, bagi pelanggaran paten.
 
P2i memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California.
Teknologi penyalutan nano penolak cecair P2i dilindungi oleh satu portfolio global yang terdiri daripada 65 kelompok paten. Dengan menjalin kerjasama bersama jenama dan pengeluar terkemuka, P2i telah mengguna pakai teknologi itu kepada berpuluh juta peranti elektronik di seluruh dunia.
 
Carl Francis, Ketua Pegawai Eksekutif P2i, berkata: "Sejak P2i melancarkan teknologi kalis simbah pada telefon pintar dan tablet pada bulan Oktober 2011, permintaan untuk perlindungan tersembunyi terhadap cecair, kelembapan dan kakisan telah melonjak. Berikutan kejayaan P2i, dan keunikan teknik penyalutan nano kami, beberapa buah syarikat telah muncul dengan penyelesaian yang telah mempamerkan prestasi dan kesan teknikal yang lebih rendah daripada kami. P2i mendakwa bahawa Europlasma NV telah meniru segala aspek harta intelek P2i yang dilindungi."
 
"Kami amat berbangga dan ghairah tentang teknologi kami, dan adalah komited untuk mempertahankan harta intelek syarikat kami. Jika perlu kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang selanjutnya yang berkaitan," kata Francis.
 
Teknologi platform P2i berasal dari Kementerian Pertahanan United Kingdom melalui penyelidikan oleh Dr. Stephen Coulson, yang mengasaskan P2i dan pada hari ini merupakan Ketua Pegawai Teknikal syarikat itu.
Dr. Coulson berkata: "Dalam dekad yang lalu, P2i telah melabur lebih 75 juta dolar ke dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi penolak cecair. Sebagai peneraju pasaran dalam fungsi penyalutan fungsi nano, kami berhasrat untuk melindungi harta intelek kami ke tahap maksimum terhadap syarikat oportunistik yang menawarkan versi yang tak terbukti bagi teknologi kami yang dipatenkan.
Europlasma NV setakat ini belum memberi tindak balas terhadap saman itu



0 Komentar untuk "P2i saman pelanggaran paten Europlasma NV"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info